Posted on May 29, 2021
Apakah lima kereta long distance drive paling selesa untuk perjalanan balik kampung? Kami senaraikan di sini.
Antara istilah yang digunakan untuk menilai kualiti sesebuah kereta ialah ‘Noise, Vibration, and Harshness (NVH)’. Semakin rendah kadar NVH, semakin selesa dan nyaman pengalaman perjalanan tersebut.
NVH adalah subjektif. Dalam kata lain, kita menerima tindakbalas melalui punggung dan telinga. Dalam aspek bunyi, kita menggunakan meter bunyi untuk mengekalkan tahap objektiviti.
Sebelum bermula, kami sudah mengetepikan kereta ultra-mewah seperti Rolls-Royce Phantom ataupun Mercedes-Maybach S650 kerana kita akan melihat kereta yang lebih bersesuaian dari sudut rakyat biasa.
Tanpa melengahkan masa, ini adalah 5 kereta paling selesa di pasaran Malaysia sekarang.
Proton X70
Di samping bahagian dalaman yang dibina dengan baik, Proton X70 juga mempunyai kabin yang paling senyap di dalam kelasnya. Pada 110 km/j, meter bunyi mencatatkan purata 67 dB. Sebagai perbandingan, Honda CR-V mencatatkan 70 dB di jalan yang sama.
Kualiti perjalanan sangat baik, memerikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan badan. Walaupun dalam model pemasangan tempatan (CKD), tahap lentur tidak dikorbankan bagi mengurangkan gulungan badan. Tempat duduk juga selesa dan memberikan sokongan belakang yang mencukupi untuk long distance drive.
Ford Ranger
Berlalu sudah hari di mana trak pikap digunakan untuk kerja-kerja berat sahaja. Pikap trak moden telah menjadi cukup mesra sebagai kenderaan gaya hidup dan Ford Ranger adalah contoh terbaik.
Bahagian dalamannya mungkin paling premium berbanding pesaing lain, terutama bahagian papan pemuka yang berbalut kulit. Lebih mengagumkan, ia sangat tenang apabila dipandu.
DI beberapa bahagian lebuhraya MEX dengan berkelajuan 110 km/j, Ford Ranger mencatatkan 63 dB, tetapi ini tidak memberi gambaran yang jelas kerana permukaan jalan baru diturap dan kadar trafik sangat sedikit.
Berbekalkan format badan-atas-kerangka, terdapat beberapa kesan gegaran apabila melalui permukaan berlubang, namun diurus dengan baik. sistem suspensinya menyerap permukaan dengan baik jika dipandu dalam bandar. Tempat duduk di bahagian belakang juga agak selesa kerana bahagian sandar yang bersudut 12-darjah.
Toyota Camry
Sebenarnya Toyota Corolla Altis adalah pilihan asal kami untuk kereta paling selesa long distance drive tetapi ia tidak bersaing baik dari sudut N dalam (NVH) kerana bunyi tayar dan angin agak kuat pada kelajuan lebuhraya.
Dalam pada itu, Toyota Camry pula tetap selesa dan lebih senyap di mana ia mencatatkan bacaan 67 dB pada kelajuan 110 km/j di jalan sama yang telah diuji oleh Proton X70.
Seperti semua Toyota yang berasaskan platform TNGA, terdapat kelancaran pada Camry melalui cara pengendalian dan mutu perjalanannya di mana ia memberi keseimbangan antara pengendalian dan keselesaan.
BMW 5 Series
Dahulu BMW sinonim dengan jiwa yang lebih sporty, di mana keselesaan perjalanan dikompromi hingga ke tahap tertentu. Tetapi sekarang keadaan telah berubah di mana BMW nampaknya telah menguasai seni penalaan suspensi.
BMW 5 Series G30 memberi contoh yang baik dari segi penguasaan suspensi kerana ia mempunyai ride quality seperti “karpet ajaib”, terutama jika kamu memilih model asas 520i dengan set roda lebih kecil.
Model M Sport dengan suspensi yang lebih sporty dan roda yang lebih besar boleh menimbulkan gangguan kecil pada permukaan kasar, tetapi tidak menjengkelkan.
Kedapan bunyi adalah sangat hebat. Bunyi angin, tayar, dan tren kuasa disenyapkan pada semua kelajuan. Dari bahagian dalam, kamu akan terasa seperti dilindung daripada dunia luar. Malah, penumpang juga terasa seperti terkandung dalam dunia mereka sendiri.
Namun begitu, kita masih belum menerima data daripada meter bunyi untuk 5 Series G30. Secara subjektif, ia lebih senyap daripada Proton X70 dan Toyota Camry.
Lexus ES 250
Hmm nampaknya terdapat kembar dalam senarai ini. Apa kata kita menganggap Lexus ES ini seperti sebuah Lexus LS mini daripada menganggapnya seperti Toyota Camry versi atasan?
Bahagian dalamannya terasa mewah sepertimana kamu jangkakan dalam Lexus dengan bahan dan ketukangan yang premium. Terdapat banyak ruang di bahagian belakang, malah terbaik di dalam kelasnya.
Dan dari segi keselesaan perjalanan, ia lebih baik daripada BMW 5 Series walaupun hanya menggunakan suspensi pasif.
Bagi tahap bunyi, Lexus ES mencatatkan bacaan 65 dB pada 110 km/j. Ini menjadikannya antara kereta paling senyap yang pernah kami uji setakat ini. Tingkapnya mempunyai dua lapisan sehingga bunyi luaran disenyapkan dengan luar biasa.
Yang dapat kamu dengar hanyalah bunyi getaran tayar yang samar-samar, itupun kerana telinga kamu selalu mencari bunyi untuk didengar.
Oleh itu, inilah 5 kereta paling selesa (sekurang-kurangnya lebih realistik untuuk dimiliki) yang kini dalam pasaran di Malaysia.
Artikel ini ditulis oleh Faisal untuk WapCar.
Apa pandangan anda?