• UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
STAIL.MY
  • UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
  • Langgani
STAIL.MY
GAYA HIDUP

Susu Diabetik: Penghidap Diabetes Hanya Boleh Minum Susu Ni, Benar?

Oleh Jordi Harris0 Comments3 minit untuk membaca

Posted on June 10, 2021

Susu Diabetik

Salah satu diet yang menjadi pilihan bagi pesakit diabetes kini ialah susu diabetik, Nutren diabetes atau susu Glucerna. Kedua-duanya susu diabetik yang sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Apakah kelebihan minum susu seperti ini untuk pesakit diabetes?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Apakah kepentingan susu untuk pesakit diabetes?

Diabetes adalah keadaan penyakit di mana ia juga boleh membuatkan penghidapnya terdedah kepada penyakit osteoporosis atau tulang reput.

Oleh itu, bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini, penghidap diabetes perlulah mengambil diet yang tinggi kandungan kalsium seperti susu diabetik setiap hari.

Namun begitu, tidak semua jenis susu itu baik untuk pesakit diabetes kerana setiap satunya mengandungi tahap karbohidrat, gula dan lemak tepu yang berbeza-beza.

Ada jenis susu tepung di pasaran yang sebenarnya tinggi kandungan gula.

Susu jenis ini sememangnya perlu ditolak oleh pesakit diabetes dan menggantikannya dengan penggunaan susu diabetik.

Apakah susu Nutren diabetes dan juga Glucerna?

Susu Diabetik

Susu Nutren diabetes dan juga Glucerna ialah dua jenis jenama susu formula khusus bagi pesakit diabetes yang dikeluarkan oleh syarikat Nestle dan juga Abbott.

Kebanyakan doktor perubatan akan menyarankan pesakit diabetes untuk mengambil susu ini sebagai suplemen atau pengganti makanan.

Susu diabetik ini disarankan oleh doktor jika paras gula darah terus meningkat dan agak sukar untuk memakan sesuatu kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan paras gula yang berpanjangan.

Apakah perbezaan antara susu Nutren diabetes dan juga susu Glucerna?

Terdapat beberapa perbezaan utama yang membezakan kandungan serta nutrisi bagi susu Nutren diabetes dan susu Glucerna.

Pertama sekali, susu Glucerna tidak mengandungi gluten dan ia amat sesuai untuk pesakit diabetes yang alah kepada gluten.

Selain itu, susu Glucerna mempunyai tahap osmolariti yang tinggi. Ini akan menyebabkan tubuh badan kita berkemampuan untuk bertoleransi dengan susu ini dengan lebih baik.

Namun, bagi jenis susu Nutren pula, ia mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding Glucerna dan serat tersebut ialah 100% jenis serat yang larut.

Kandungan serat yang tinggi seperti ini boleh memperlahankan kadar pelepasan gula dalam darah, sekali gus menjadikan bacaan gula darah lebih terkawal.

Selain itu juga, susu Nutren diabetes mempunyai 31 jenis vitamin dan juga mineral, manakala Glucerna pula mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral.

Susu Nutren boleh diamalkan pada waktu sebelum kamu mendapat diabetes iaitu pradiabetes.

Secara umumnya, kedua-dua jenis susu ini mempunyai kandungan karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang bersesuaian dengan keperluan penghidap diabetes.

Susu Nutren diabetes dan Glucerna ini rendah GI

Makanan dan minuman yang rendah nilai indeks glisemik (GI) sememangnya banyak membantu pengurusan pesakit diabetes.

Ini kerana, makanan dan minuman yang rendah GI boleh mengelakkan bacaan gula darah naik mendadak.

Makanan yang rendah indeks glisemiknya akan melepaskan gula dalam darah dengan lebih perlahan.

Oleh itu, ia bukan sahaja boleh mengelakkan bacaan gula meningkat dengan mendadak, tetapi juga meningkatkan keberkesanan insulin dalam tubuh badan.

Kedua-dua jenis susu diabetik ini iaitu Nutren dan Glucerna telah diformulasikan secara khusus sebagai susu yang rendah GI.

Oleh itu, selain daripada mengawal paras gula darah, ia juga boleh menyebabkan kamu kenyang dengan lebih lama sekali gus secara tidak langsung boleh membantu menurunkan berat badan.

Susu diabetik rasa lain?

Susu Diabetik

Untuk mengetahui jenis susu yang manakah paling sesuai dengan keadaan diabetes kamu, boleh bertanya kepada doktor yang merawat.

Selain itu, rasa antara kedua-dua jenis susu ini juga agak berbeza.

Walaupun kedua-duanya dilengkapi dengan perisa vanila, namun susu Nutren dikatakan mempunyai rasa yang lebih ringan di lidah berbanding susu Glucerna.

Bolehkah susu diabetik diminum oleh bukan pesakit diabetes?

Secara umumnya, susu diabetik Nutren dan juga Glucerna ini direka khas untuk memenuhi keperluan pesakit diabetes, mereka yang mempunyai pradiabetes serta mereka yang ingin mengawal paras gula darah.

Ia mempunyai nutrien yang boleh dikatakan cukup lengkap sebagai pengganti makanan bagi penghidap diabetes.

Susu diabetik seperti ini telah menjadi sebagai sebahagian daripada pelan pengurusan diabetes pada masa sekarang.

Namun, adakah individu yang tidak menghidap diabetes boleh meminum susu ini?

Ya, mereka yang tidak mempunyai penyakit diabetes juga boleh menikmati susu diabetik ini dengan selamat.

Susu diabetik digalakkan?

Susu diabetik seperti susu Nutren diabetes dan susu Glucerna sememangnya sangat digalakkan bagi pesakit diabetes.

Ini kerana manfaatnya dapat membantu kamu dalam mengawal paras gula darah daripada naik secara mendadak.

Malahan, ia juga berfungsi membekalkan sumber kalsium untuk pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan gigi dan tulang.

Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berkenaan susu yang paling sesuai dengan keadaan semasa kamu.

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Wa’iz untuk Hello Doktor

diabetessusu diabetik

Kongsi

Oleh Jordi Harris
3
0 Comments
Susu Diabetik: Penghidap Diabetes Hanya Boleh Minum Susu Ni, Benar?

Terdahulu

Honda City Hatchback Laris di Indonesia, Cantas Jualan Toyota Yaris!
Susu Diabetik: Penghidap Diabetes Hanya Boleh Minum Susu Ni, Benar?

Seterusnya

Cara Jawab PDRM Menurut Fahmi Reza Kalau Disoal Siasat
Anda mungkin suka
Samsung Z Flip : Telefon Lipat Pintar Stailish Untuk Kamu Yang Bergaya
Samsung Z Flip : Telefon Lipat Pintar Stailish Untuk Kamu Yang Bergaya
Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi
Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi
4 Cef, 4 Negara, Hidang 4 Menu Terbaik Horizon Grill Untuk STAIL
4 Cef, 4 Negara, Hidang 4 Menu Terbaik Horizon Grill Untuk STAIL
Vagina Gatal: 5 Sebab Faraj Wanita Alami Masalah Ini
Vagina Gatal: 5 Sebab Faraj Wanita Alami Masalah Ini
11 Item Wajib Ada Dalam Beg Gim Kamu
11 Item Wajib Ada Dalam Beg Gim Kamu
Non Medical Mask: Lebih Disarankan Untuk Elak COVID19 Disebarkan
Non Medical Mask: Lebih Disarankan Untuk Elak COVID19 Disebarkan

Apa pandangan anda?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Kategori

Gaya Hidup Now

  • More Than Just A Stay: Aktiviti Menarik Yang Menanti Di Club Med Lijiang
    More Than Just A Stay: Aktiviti Menarik Yang Menanti Di Club Med Lijiang
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • Beyond the Usual China: Menyelusuri Keindahan Lijiang Bersama Club Med
    Beyond the Usual China: Menyelusuri Keindahan Lijiang Bersama Club Med
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • The Preloved Club X GSR UOW Malaysia Himpunkan 14 NGO, Selebriti & Pempengaruh Demi Komuniti
    The Preloved Club X GSR UOW Malaysia Himpunkan 14 NGO, Selebriti & Pempengaruh Demi Komuniti
    3 weeks agoSTAIL.MY
  • The Federal Kuala Lumpur Kembali: Sebuah Ikon Lama, Dengan Cerita Baharu
    The Federal Kuala Lumpur Kembali: Sebuah Ikon Lama, Dengan Cerita Baharu
    1 month agoSTAIL.MY
  • Mid-Autumn di Toh Yuen: Menikmati Hidangan Cina dan Phoenix Prestige Mooncakes di Hilton Petaling Jaya
    Mid-Autumn di Toh Yuen: Menikmati Hidangan Cina dan Phoenix Prestige Mooncakes di Hilton Petaling Jaya
    2 months agoSTAIL.MY
  • Rasa Kita, Cerita Kita: Luckin Coffee Bawa Kisah Malaysia Ke Dalam Secawan Kopi
    Rasa Kita, Cerita Kita: Luckin Coffee Bawa Kisah Malaysia Ke Dalam Secawan Kopi
    3 months agoSTAIL.MY
  • GU:UM Kembali Ke ATAS, Membawa Korean Steakhouse Moden Oleh Chef Louis Han
    GU:UM Kembali Ke ATAS, Membawa Korean Steakhouse Moden Oleh Chef Louis Han
    3 months agoSTAIL.MY
  • 5 Lokasi Shio Pan di KL Yang Berbaloi Untuk Dicuba
    5 Lokasi Shio Pan di KL Yang Berbaloi Untuk Dicuba
    3 months agoSTAIL.MY
  • A Stay with Character di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Hotel
    A Stay with Character di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Hotel
    3 months agoSTAIL.MY
  • Kenapa DoubleTree Resort by Hilton Penang Pilihan Tepat Untuk Percutian Keluarga
    Kenapa DoubleTree Resort by Hilton Penang Pilihan Tepat Untuk Percutian Keluarga
    4 months agoSTAIL.MY
https://www.youtube.com/watch?v=8iaT7XkkPiU

 

  • Home
  • Tentang Kami
  • Advertising
  • Privacy Policy
  • Terms & Conditions
  • Hubungi Kami
Copyrights © 2019 STAIL.MY Version 3 (2023). All Rights Reserved.

This site uses cookies to ensure you get the best experience on our website. By continuing to browse the site, you are agreeing to our use of cookies.

OK More information