Posted on October 13, 2021
Carrera Three Hands adalah kebanggaan TAG Heuer kerana ia melambangkan semangat sporty jenama ini. Rekaan ringkas dan klasik model ini turut melambangkan ciri elegan serta stylish pemakainya. Tahun ini pula sememangnya tahun Carrera. Maka TAG Heuer mengilhamkan 13 versi Carrera Three Hands dalam empat kategori – TAG Heuer Carrera Day 41mm, TAG Heuer Carrera Twin-Time 41mm, TAG Heuer Carrera Date 39mm dan TAG Heuer Carrera Date 29mm.
TAG Heuer Carrera: Warisan Sportsmanship dan Elegan
Jack Heuer mengilhamkan model Carrera lewat 60 tahun lalu yakni pada 1963. Ia sentiasa dikaitkan dengan sukan lumba kereta, terkenal sebagai jam tangan kronograf yang timeless, sporty dan elegan. Sejak itu, ia sangat popular kerana rekaannya yang ringkas dan proporsinya sempurna lantas menjadi ikon dunia horologi.
Dia sukakan rekaan moden dan tulus, maka objektifnya ialah untuk mencipta Heuer Carrera chronograph yang tidak kompleks malah harmoni – sesuai untuk kegunaan pemandu ketika mereka mengerling untuk melihat masa sedang dalam perlumbaan. Pada 1962, Jack Heuer terdengar pula tentang perlumbaan kereta Carrera Panamericana – yang paling berbahaya di dunia. Perkataan Spanish Carrera bermaksud jalan, perlumbaan, kerjaya atau kursus pantas menangkap perhatiannya. Dia memikirkan ia sangat sesuai dengan jam tangan ini.
Obsesi Terhadap Kebolehbacaan
Legenda di TAG Heuer mengatakan Jack Heuer mula obses dengan kejelasan membaca masa pada jam tangan pabila dia kalah dan mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan Swiss pada 1958. Puncanya ialah dia tidak dapat membaca masa pada dashboard kereta dengan betul. Selepas itu dia memutuskan untuk memperbaiki kelemahan ini sekaligus menguatkan lagi kecintaannya terhadap penciptaan jam tangan dengan rekaan moden dan senang dibaca.
You can see in the Carrera a focus on the typography and the desire to explore the purest form possible. Its design language is so clear and minimal that there are only three lines of text on the watch dial: Carrera – Heuer – Swiss Made – removing any risk of getting confused or distracted by superfluous decorations.
Nicholas Biebuyck, Heritage Director at TAG Heuer
Pada awal 2000, TAG Heuer Carrera Three Hands diperkenalkan dan sejak itu ia menjadi lambang semangat TAG Heuer dalam mencapai kejelasan, kebolehbacaan terutamanya dalam membaca masa.
Jika TAG Heuer Carrera Chronograph jam tangan paling cekap mencatat masa, Carrera Three Hands pula paling cekap memberitahu masa dan inilah faktor kejayaan penunjuk masa dashboard kereta yang dicipta Heuer sejak 1930 an.
Since its first introduction more than two decades ago, the TAG Heuer Carrera Three Hands has become a centrepiece of our offering, and we are delighted to introduce a new line that ties the watch firmly to its illustrious roots.
Frédéric Arnault, TAG Heuer’s CEO
TAG Heuer Carrera Three Hands: Generasi Baru
Generasi Baru Carrera Three Hands menyediakan pilihan untuk semua pencinta jenama ini. Ada 13 versi dalam empat kategori berbeza – dari diameter 29mm hingga 41mm. Kesemuanya memiliki kod stail daripada TAG Heuer Carrera Heuer 02 chronographs yang diperkenalkan tahun lalu. Hasilnya lebih halus dan moden. Semua versi hadir dalam bekas stainless steel – 12 dalam versi steel bracelet dan satu dengan tali kulit. Pilihan dial pula daripada hitam, biru atau perak serta memaparkan logo baru Carrera. Steel bracelets kesemuanya dikemaskan dengan penghubung H-shaped, rekaan inovatif yang lebih ergonomik dan selesa pada pergelangan tangan.
Ryan Gosling Wajah Baru TAG Heuer: Menyarung Carrera Three Hands
Netflix kini ada menayangkan filem Ryan Gosling, Drive. Mungkin kerana filem ini juga Gosling terpilih sebagai wajah baru TAG Heuer yang diumumkan mulai 7 Oktober lalu. Dia juga dikatakan seperti pewaris kepada pelakon legenda Steve McQueen yang amat sinonim dengan jenama ini.
The movie Drive represents the strongest link with who we are today, and we are excited about the creative projects we have together.
TAG Heuer CEO Frédéric Arnault
Dan tentunya untuk penggambaran iklan jenama ini, Gosling memilih untuk menyarung Carrera Three Hands. Katanya,
I appreciate its timeless design. I like clean and simple design generally. Growing up, we lived on a pretty tight budget. I gravitated towards things that were simple and timeless so I didn’t have to think about keeping up with trends
Apa pandangan anda?