Posted on June 6, 2023
Jono Hotels merevolusikan industri hotel dan membawa sesuatu yang unik untuk memenuhi keperluan generasi baharu digital nomad dan pengembara muda. Penginapan yang celik teknologi, stailish dan direka bentuk untuk keperluan mereka, pasti memberikan pengalaman baharu yang menarik untuk pengembara di seluruh dunia. Terletak di Sukhumvit, daerah komersial yang strategik dan paling dinamik di Thailand yang kelilingi oleh pusat membeli belah, restoran, bar, taman dan mercu tanda ikonik. Stesen kereta api bawah tanah Asok BTS Skytrain dan Sukhumvit MRT pula membolehkan pengembara untuk ke mana-mana dengan mudah.
Konsep lobi hotel ini merupakan hab komunal di mana pengembara boleh mendapatkan minuman panas dan snek percuma. Para tetamu diberikan pilihan sarapan seperti bijirin, mi cawan dan lain-lain dengan sedikit bayaran. Lobi ini juga bertindak sebagai ruang istirahat, dapur dan juga ruang kerja bersama – semuanya bersambung sepenuhnya dengan WiFi berkelajuan tinggi dengan percuma. Hotel butik ini mempunyai 65 bilik yang terdiri daripada Bilik Recharge berkeluasan 14 meter persegi, dengan katil king mewah dan RechargeXRooms 17 meter persegi yang dilengkapi dengan katil berkembar. Percayalah apabila kami mengatakan katilnya selesa dan bantalnya yang besar akan membuat anda terasa seperti baring di awan. Terdapat juga Snooze Blackout Rooms dengan saiz 16 meter persegi yang mempunyai pintu kalis bunyi yang kukuh dan katil king atau kembar yang berkualiti tinggi untuk sesiapa sahaja yang memerlukan katil yang berasingan.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti skrin televisyen pintar dengan saluran kabel penstriman Netflix atau YouTube. Pancuran mandian bertekanan tinggi, sage digital dan bar mini bersama air mineral percuma juga tersedia. Pastikan anda tidak tersalah anggap peti sejuk anda sebagai sesuatu yang lain kerana ia dipasang di dinding bersebelahan dengan skrin televisyen. Peti sejuknya yang nipis dan unik tidak mengambil banyak ruang. Walaupun biliknya tidak begitu besar tetapi penggunaan ruang sangat bijak – anda boleh menyimpan bagasi anda di bawah katil dan di bawah meja.
Untuk mengekang rasa lapar lewat malam, kedai serbaneka 7-Eleven terletak berhampiran dan kaunter penerimaan tetamu dibuka 24/7, dengan perkhidmatan concierge. Terdapat aplikasi yang membolehkan tetamu berbual dengan Jono Crew di kaunter penerimaan tetamu dalam bahasa ibunda mereka untuk mengatur perjalanan atau mendapatkan maklumat tentang aktiviti tempatan terbaik, semuanya dari telefon pintar yang tersedia. Kami menyukai sudut-sudut kecil hotel ini dan pasti akan kembali lagi! Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka www.jonohotels.com
Apa pandangan anda?