SEARCH

Sengit! 30 Lagu Berentap Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34!

Sengit! 30 Lagu Berentap Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34!

30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 34, Hanya 12 Yang Terbaik Untuk Final #AJL34

Bahang Anugerah Juara Lagu 34 mula terasa!

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (#SFMM34). Persaingan 30 buah lagu ini bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (#AJL34) bakal bermula dari 15, 22 dan 29 November ini.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, #SFMM34 akan bersiaran secara langsung selama tiga minggu berturut-turut pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kamu juga boleh menikmati persembahan #SFMM34 di www.tonton.com.my

Tiga puluh buah lagu yang layak adalah hasil undian peminat sebanyak 40% dan penilaian juri profesional sebanyak 60% di carta Muzik-Muzik 34. Setiap minggu, sebuah lagu akan dipilih sebagai lagu terbaik namun ia tidak menjaminkan lagu-lagu tersebut akan terus mara ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL). Kesemua lagu ini akan dinilai oleh 7 juri profesional yang akan menentukan siapa bakal bertanding di pentas AJL kelak.

Pentas #SFMM34 turut dimeriahkan oleh artis-artis ‘legend’ seperti Ramlah Ram, Nora, Datuk Hattan dan Zamani. Peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka secara langsung, boleh mendapatkan tiket pada 13, 20 & 27 November seawal jam 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Ikuti @tv3malaysia untuk pelbagai informasi menarik mengenai #SFMM34. Jangan lupa tanda pagar #SFMM34 bagi menghangatkan lagi Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di laman media sosial kamu!

 

TOP 30 yang layak bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE