Posted on December 2, 2020
Kefanatikan yang dimaksudkan berkaitan dengan fesyen. Mampukah siri Gossip Girl reboot dan yang baharu nanti menghimpun pencinta-pencinta fesyen, sebagaimana siri Emily In Paris mengumpul fanatik fesyennya sendiri? Tidak mustahil. Sebagaimana siri Emily In Paris memiliki akaun Instagram yang dicipta oleh peminat-peminatnya dan didedikasikan khusus untuk menunjukkan pakaian serta aksesori yang dipakainya… begitu jugalah siri Gossip Girl reboot ini. Belum ditayangkan secara rasmi lagi, tetapi sudah ada akaun fans Instagram yang ‘mededahkan’ pakaian dan aksesori watak-watak utamanya.
And no. Mereka bukan Blair Waldorf atau Serena van der Woodsen. Siri Gossip Girl reboot ini, yang bakal muncul di platform on demand HBO Max pada tahun hadapan, menampilkan the new blood. Wajah-wajah baharu yang menyandiwarakan drama golongan elit muda Gen-Z Upper East Side. Antara pelakon-pelakon siri reboot ini ialah Whitney Peak (daripada siri Chilling Adventure of Sabrina), Emily Alyn Lind (daripada filem The Babysitter), Eli Brown (daripada siri Pretty Little Liars : The Perfectionist), model Evan Mock dan blogger fesyen Tavi Gevinson.
Namun, Kristen Bell kembali menjadi pengisah untuk siri reboot ini! Dan… Eric Daman, penata gaya siri Gossip Girl yang original pun kembali, berperanan sebagai penata gaya untuk Gossip Girl reboot!
Baru-baru ini tular gambar di sebalik tabir penggambaran Gossip Girl reboot, yang memperlihatkan watak-watak baharu ini duduk bersama, berlapang-lapang di tangga The Met – ‘memimik’ babak ikonik Gossip Girl yang dahulu.
Berdasarkan gambar yang tular tersebut – is it fair to pass ‘judgement’ based on one picture? Oh, well – sekumpulan anak-anak Gen-Z Gossip Girl reboot ini kelihatan memfesyenkan imej-imej preppy, tetapi versi era generasi digital. Barangkali kita tidak akan melihat fesyen meraban Blair yang memakai blaus on some preppy collared shirt dengan tali pinggang besar atau cekak rambut Sereni & Shentel bereben. Urgh. Kali ini, fesyen Gossip Girl reboot lebih relaks, bersahaja, subtle dan menggambarkan kemodenan.
Contohnya, salah seorang wataknya memakai baju panas oversized yang layered on seragam sekolah, nampak malas dan sedikit grungy. Ada juga yang gayanya kelihatan ringkas, cukup sekadar menjinjit beg tote kanvas yang selalunya digunakan untuk goodies. Malah, gaya-gaya dress formal mereka pun – kami anggap babak memakai dress formal itu barangkali babak ke majlis prom atau berpeleseran pada waktu malam – nampak sangat moden dan tidak kelihatan seperti ‘tersekat’ dalam era pertengahan 2000-an lagi. Tambahan lagi, penggayaan preppy pada watak yang dilakonkan oleh Tavi Gevinson juga lebih berupa senada dari aspek padanan warna dan tidak berlebih-lebih.
Sememangnya dihidangkan untuk audiens Gen-Z. Bak kata Daman, dia mahu memperbaharui dan editorialise penataan gaya Gossip Girl reboot ini agar kena dengan selera Gen-Z. Sungguhpun wardrobe diperbaharui, namun Daman tidak meminggirkan jenama-jenama fesyen yang digunakannya. Menggabungkan high and low, high fashion dengan streetwear brand. Misalnya, kasut Stuart Weitzman atau Louboutin, bersama beg Fendi atau beg Bulgari dengan kasut adidas dan baju Levi’s.
Sama seperti Emily In Paris yang memiliki akaun Instagram peminat, yang bertumpu pada pakaian-pakaian dan aksesori-aksesori serta membutirkan sebiji-sebiji jenama yang dipakai oleh watak-watak dalam siri tersebut, Gossip Girl reboot sudah ada akaun Instagram peminat yang seakan sama. @gossipgirlstyleguide dan @gossipgirl2looks antara akaun Instagram yang dicipta oleh peminat-peminat Gossip Girl reboot, yang didedikasikan khusus untuk membutirkan setiap pakaian, aksesori juga jenama.
Gambar-gambar fesyen & aksesori GOSSIP GIRL reboot daripada Instagram @gossipgirlstyleguide
Akaun Instagram peminat, @gossipgirlstyleguide berjaya memperincikan setiap satu pakaian, kasut, beg, barang kemas yang dipakai oleh watak-watak utama sehinggalah botol air yang dipegang dalam siri Gossip Girl reboot!
Pelakon Jordan Alexander (kiri) memakai but putih daripada Schutz & Zion Moreno (kanan) memakai kasut Jimmy Choo
Pelakon Emily Alyn Lind memakai baju panas Michael Kors & menjinjit beg Cartier
Dari kiri : pelakon Tavi Gevinson menggayakan kemeja & Other Stories dengan seluar Zara ; Jordan Alexander memakai dress Aleksandre Akhalkatsishvili dengan jaket kulit Each X Other ; bawah kiri : Savannah Smith menyarung coker Chanel ; Whitney Peak memakai dress Alex Perry dengan kasut Sophia Webster
Apa pandangan anda?