Posted on March 29, 2016
JOHAREE MUHAMMAD, 25, VJ/ MODEL/ PEMILIK KOPIBOY
Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya seorang VJ untuk penyiaran online Peaceyall FM, model sambilan dan pemilik Kopiboy.
Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Tidak pernah terfikir menjadi seorang model sebenarnya namun ia menjadi perkara terbaik yang saya pernah lakukan.
Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Saya bebas melakukan apa yang saya mahu dan bekerja dengan lebih kreatif.
Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? David Beckham. Saya ingin juga merasa hidup seperti David. Merasa menjadi suami kepada Victoria. Bapa kepada lima anak-anak yang comel dan menjadi individu yang terkenal di seluruh dunia.
Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Menjadi cover boy majalah GLAM Lelaki.
Hari yang sempurna buat kamu? Ketika hari saya produktif dengan aktiviti kerja atau sekadar mengeluarkan peluh. Saya juga suka jika hanya boleh menghabiskan masa di tepi pantai.
Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Awesome!
Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Teknologi perkara paling ketara membezakan generasi hari ini dengan sebelumnya. Kami membesar dengan teknologi. Semuanya di hujung jari. Semuanya pantas dan mudah. Semua maklumat juga boleh dikongsi dan diperoleh dalam sekelip mata.
Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Tak pernah terfikir tentang perkara ini tapi saya sangat bersyukur dan gembira dengan apa yang saya lakukan hari ini.
Kamu ingin tua seperti…? David Beckham bagi saya individu yang sempurna dari segi kerjaya, keluarga dan segala aspek kehidupan.
Apa pandangan anda?