Posted on March 21, 2016
LUCAS LAU, 24, INSTAGRAMMER/ SOCIAL MEDIA INFLUENCER
Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Menikmati hidup, membina kerjaya melalui instagram dan facebook. Seterusnya saya akan mencabang ke saluran youtube pula.
Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Mengembara ke Eropah. Memang sudah lama menjadi impian saya untuk ke Eropah bersama keluarga.
Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Hari ini lebih banyak item fesyen untuk lelaki saya kira. Berbanding dulu di mana dunia fesyen agak terbatas dan tidak membenarkan lelaki terlalu bergaya. Hari ini dengan tema genderless, lagilah pelbagai item fesyen lelaki di pasaran.
Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Johnny Depp. Memang dia saya idolakan. Dan saya ingin sangatlah rasanya menjadi dia sehari dan tengok apa rasanya.
Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Melihat laman sosial saya berkembang di mana ia juga sebagai bukti passion boleh menjadi kerjaya. Ia umpama baby saya sendiri di mana saya menentukan hala tujunya malah beruntung pula bisa berkomunikasi dengan masyarakat melaluinya.
Hari yang sempurna buat kamu? 1. Sarapan pagi di katil dengan pemandangan laut melalui tingkap 2. Bekerja – pos advertorial dalam masa pendek sahaja 3. Bersama-sama teman-teman akrab dan berjumpa kenalan baru 4. Berendam dalam bath tub dengan champagne di tangan 5. Tidur di atas katil paling selesa bersama insan yang saya cintai.
Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Kami lebih berterus-terang, berani bergaya dan metroseksual.
Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Lebih terbuka kepada idea-idea baru, berani dan well-dressed.
Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Menjadi pereka fesyen, mereka sut-sut dan dress-dress cantik. Masih dalam perancangan… mungkin?
Kamu ingin tua seperti…? Seperti ayah saya, supportive dan bersabar serta sentiasa rendah diri.
Gambar Andy Ong/31 Square
Penata Gaya Azreezal Hafidz
Solekan/Rambut Fendi Sani
Arahan Seni Merrissa Emilda
Penyelaras Hafizan Mohd
Suntingan video Hakimi Asari
Apa pandangan anda?