Posted on January 1, 2020
Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Ryan Mohamad & Ashura Hakim
EMMA MEGAN KHOO, 23, PERANCANG ACARA/ARTIS SENI PERSEMBAHAN
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.
Nama saya Emma Khoo. Nama tengah saya ialah Megan, yang mana ia diberikan kepada saya sewaktu umur 17 tahun ketika sedang melalui proses Sakramen Pengesahan sebagai seorang penganut Katolik. Ahli keluarga saya berasal dari Kuching namun saya pula dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya bekerja sebagai Content Strategist di RIUH (@riuhinthecity). Saya bersama tim saya bertugas memikirkan tema yang berbeza untuk setiap edisi RIUH yang baharu termasuklah bahagian retail, jualan makanan, persembahan, pameran serta aktiviti kreatif di RIUH.
2- Kamu seorang penari profesional. Boleh kongsikan bersama kami bagaimana segalanya bermula? Kamu masih ingat apakah yang membuatkan kamu berminat untuk menjadi seorang penari?
Perjalanan karier tarian saya bermula seawal usia 4 tahun lagi apabila ibu saya menghantar saya ke kelas balet. Dan saya juga memiliki Diploma dalam Classical Ballet. Saya pernah menyertai pertandingan Cheer Dance setelah tamat sekolah menengah dan berpeluang menyertai kelas tarian tradisional Malaysia di ASWARA. Kini, saya aktif menyertai kelas kegemaran saya yang dipanggil GRIIND (kelas tarian kasut tinggi) yang diajar oleh Maybelline Wong di Babel TTDI.
3- Boleh kami tahu siapa inspirasi dalam hidup kamu?
All the lady-bosses. Wanita yang pernah saya bekerja di bawah pengawasan mereka. Kalau bercakap tentang bidang teater, wanita yang saya sanjung ialah Dato’ Faridah Merican. Jika dalam bidang tarian sudah pasti Datin Marion D’Cruz. Dan jika bercakap tentang bidang Seni dan Pentadbiran Budaya, saya mengidolakan Izan Satrina. Dan yang terakhir, Melissa Low, Ketua saya di RIUH. Walaupun dia sudah berhenti, namun saya sentiasa ingat akan sifat kepimpinan serta segala ilmu yang dimiliki Melissa.
Jika bercakap tentang selebriti, FKA Twigs serta Rihanna inspirasi terbesar dalam hidup saya.
4- Apakah pencapaian paling besar dalam hidup kamu pernah kamu capai?
Mengatasi kemurungan saya.
5- Jika kamu boleh gambarkan diri kamu dalam 5 perkataan?
A perfomer, intense, colourful, multifaceted dan resilient.
6- Apa yang kamu suka lakukan di waktu lapang?
Berjumpa dengan teman-teman. Kita sekarang berada di usia yang mana sudah punya kerjaya dan banyak lagi benda matang lain yang harus didahulukan. Jadi, apabila tidak sibuk dan dapat berjumpa dan catch up bersama teman-teman sesuatu yang amat bermakna untuk diri saya. Selain itu saya juga sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti yoga, Muay Thai dan juga berlari.
7- Isu body shaming masih belum larut lagi di kalangan milenial hari ini. Apakah pendapat kamu tentang ini?
Pada pendapat saya, kita sudah dapat melihat peningkatan yang ketara dalam isu ini. Media sosial sebenarnya banyak membantu meningkatkan perhatian ramai orang serta sudah mula menjadi topik perbualan di kalangan komuniti milenial hari ini. Bukan itu sahaja, ia sangat jelas kelihatan apabila industri-industri global dunia kecantikan, fesyen dan hiburan sudahpun merangkul kempen body positivity serta memasukkan mesej-mesej membina. Fenty Beauty Foundation serta kempen fesyen pakaian dalam Savage x Fenty antara yang ketara memperjuangkan isu ini. Manakala artis seperti Lizzo juga sudah mula mengetengahkan isu ini.
8- Dan bagaimana pula caranya seorang wanita itu harus berdiri teguh menentang segala kritikan dari segi penampilan ini?
Bagi saya, teruskan berpenampilan sebagaimana yang kamu mahukan. The loudest statement is always in your action. Jadi, teruskan menjadi diri kamu sendiri.
9- Sempena tahun baru ini, apa yang kamu ingin capai dalam tahun 2020?
Saya berharap agar menjadi lebih berdisiplin. Ini akan menterjemahkan hubungan lebih sihat saya dengan diri saya sendiri. Dan kemudian, saya mahu memperbaiki pengurusan dalam hal-hal seperti kesihatan diri, kewangan, minat dan kepentingan diri tanpa perlu hiraukan sebarang cabaran dan halangan.
10- Huraikan diri kamu dalam masa lima tahun akan datang. Apakah pelan kamu?
Satu perkara yang pasti, saya mahu mengembara dan melihat dunia dengan lebih banyak lagi. Manakala dari segi karier pula, saya belum punya sebarang perancangan yang tetap namun saya punya perasaan yang mana saya akan masih berada di dalam industri seni dan kreatif ini. Namun, walau apapun, saya berharap di mana jua saya berada, saya mahukan keluarga, rakan-rakan dan teman hidup saya, Adam, sentiasa berada di sisi saya.
Apa pandangan anda?