Posted on August 14, 2026

Bagi pencinta Korean food yang mahu menikmati cita rasa Korea dalam versi yang lebih refined, GU:UM kembali ke Kuala Lumpur untuk residency eksklusif selama empat bulan di ATAS, The RuMa Hotel and Residences. Bukan sekadar tentang Korean barbecue, pengalaman di GU:UM adalah tentang memori dan cara tradisi Korea diterjemahkan melalui teknik kulinari moden. Bermula 1 Ogos hingga 30 November 2026, restoran Korean steakhouse moden oleh MICHELIN-starred Chef Louis Han ini mengambil alih ATAS untuk satu pengalaman dining yang menggabungkan warisan Korea dengan pendekatan kontemporari. Selepas kemunculan sulung Chef Louis Han di ATAS pada 2025, kembalinya GU:UM kali ini menandakan kolaborasi lebih panjang selama empat bulan dan menjadi extended residency pertama konsep ini di Kuala Lumpur.
BACA: The RuMa Hotel and Residences Terima Anugerah One MICHELIN Key 2025

Dari Seoul Ke Kuala Lumpur
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Chef Louis Han membina reputasinya dengan satu misi yang jelas: mengekalkan jiwa masakan Korea sambil mencari cara penyampaian baharu. Sebelum membuka restoran sendiri, Chef Han merupakan sebahagian daripada pasukan pembukaan Meta, restoran dua bintang MICHELIN di Singapura sebelum meneruskan pengalaman sebagai Sous Chef di MOSU, restoran tiga bintang MICHELIN di Seoul.
Chef Han kemudiannya membuka NAE:UM, yang menerima satu bintang MICHELIN pada tahun pertamanya. Pada 2022, dia turut mencipta sejarah sebagai chef Korea pertama menerima MICHELIN Guide Young Chef Award. GU:UM pula dilancarkan di Singapura pada 2024 sebagai sisi yang lebih bold kepada NAE:UM. Namanya diambil daripada perkataan Korea yang bermaksud to grill, roast atau cook over fire, selari dengan konsep restoran yang menjadikan api sebagai elemen utama dalam pengalaman dining.


Korean BBQ, Tetapi Dengan Sentuhan Lebih Refined
Di GU:UM, Korean barbecue tidak sekadar diterjemahkan kepada daging yang dipanggang di atas arang. Chef Louis Han mengambil elemen yang begitu dekat dengan budaya makan Korea dan mengolahnya melalui teknik moden, tanpa menghilangkan rasa comfort dan keakraban yang menjadikan makanan Korea begitu menarik. Untuk residency di ATAS, pengalaman bermula dengan beberapa interpretasi kreatif terhadap hidangan Korea seperti Yukhwae Jeon, Mulhwae dan KFC (Korean Fried Cauliflower).

Kemudian tiba bahagian yang paling dinantikan: hidangan utama yang dimasak menggunakan arang, termasuk Hanwoo Lower Loin, Woodae Galbi Short Rib dan Surf & Turf Platter. Setiap hidangan menjadikan api sebagai medium untuk menyerlahkan rasa, tekstur dan karakter bahan utama.


Bila Korean Comfort Food Bertemu Fine Dining
Menariknya, menu GU:UM tidak berhenti pada steak dan grilled meats. Bahagian seterusnya membawa pengalaman kembali kepada rasa yang lebih familiar dengan hidangan seperti Uncle Lulu’s Fried Rice, GU:UM’s Cold Japchae, Sujebi Mac & Cheese dan Doenjang Jjigae. Di sinilah identiti GU:UM benar-benar terasa. Di sebalik teknik dan presentation yang lebih sophisticated, hidangannya masih berpaksikan memori tentang makanan Korea yang dekat dengan kehidupan seharian. Untuk dessert pula, pengalaman ditutup dengan Hotteok, Mandarin Bingsu dan Koguma Mousse, memberikan sentuhan akhir yang lebih ringan selepas hidangan berasaskan arang.

ATAS Key Tables: Lebih Daripada Guest Chef
Residency GU:UM ini merupakan sebahagian daripada ATAS Key Tables, siri dining khas oleh The RuMa Hotel and Residences yang membawa chef dan restoran antarabangsa ke Kuala Lumpur menerusi kolaborasi kulinari yang lebih panjang. Berbeza daripada konsep guest chef yang hanya berlangsung untuk beberapa malam, ATAS Key Tables direka sebagai platform untuk pertukaran budaya dan idea antara chef, restoran dan Kuala Lumpur.
Dengan GU:UM, fokusnya adalah untuk membawa perspektif baharu terhadap masakan Korea kepada local diners — daripada budaya grilling hinggalah kepada rasa nostalgia yang menjadi asas kepada banyak hidangan Korea. Bagi mereka yang memang mengikuti perkembangan Korean food dan budaya Korea, ini juga peluang untuk melihat bagaimana masakan yang begitu familiar boleh diterjemahkan melalui perspektif seorang chef Korea yang mempunyai latar belakang MICHELIN.

Jadi, Apa Yang Patut Kamu Expect?
Bayangkan Korean barbecue yang lebih refined, potongan daging berkualiti yang dimasak atas arang, hidangan Korea yang diberi nafas baharu dan comfort food yang membawa kembali rasa seperti di rumah, semuanya dalam suasana dining ATAS. Lebih daripada sekadar makan malam, GU:UM menawarkan satu cara untuk menikmati masakan Korea melalui perspektif Chef Louis Han, di mana api menjadi medium untuk menghubungkan makanan, budaya, memori dan manusia dan dengan residency yang berlangsung sehingga hujung November, kamu tidak perlu tunggu untuk ke Seoul untuk menikmati pengalaman ini.

GU:UM x ATAS
Lokasi: ATAS, The RuMa Hotel and Residences
Tarikh: 1 Ogos – 30 November 2026
Waktu: Setiap hari, dari 6:00 petang
Reservasi: WhatsApp +60 12 923 2278 atau telefon +603 2778 0751
Untuk maklumat lanjut mengenai The RuMa Hotel and Residences, kunjungi The RuMa Hotel and Residences.



















.gif)

Apa pandangan anda?