Posted on November 7, 2019
Tiada filem yang dapat mengumpulkan sekumpulan tiga wanita penggoda yang membunuh seperti Charlie’s Angels. Sebagai pelengkap filem instalasi moden yang dibintangi oleh Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska ini, Ariana Grande selaku salah satu penerbit eksekutif melancarkan sebuah album dengan nama sama. Charlie’s Angels Soundtrack yang sangat mendebarkan!
Morning Charlie! Your bops have arrived!
Paling menarik, lagu-lagu yang terkandung dalam album ini menampilkan artis-artis Hollywood terkenal seperti Lana Del Rey, Nicki Minaj, Miley Cyrus, Chaka Khan, Anitta, Arlissa, M-22 dan Danielle Bradbery serta tidak lupa Ariana Grande sendiri.
Jadi, ya. Album ini boleh dikira sebagai album ketiga Ariana Grande dalam masa setahun setengah ini. Shout out to ‘Sweetener’ dan ‘Thank U, Next’! Album runut bunyi ini juga mengandungi lagu gubahan semula Donna Summer dan remix lagu tema utama Charlie’s Angels.
Terdahulu, runut bunyi yang pertama sudah pun dikeluarkan. Bertajuk ‘Dont Call Me Angel’, trak ini menampilkan trio pop yang saling bertentangan iaitu Lana Del Rey, Miley Cyrus dan Ariana Grande. Buat masa ini (setakat artikel ini ditulis), ‘Dont Call Me Angels’ sudah pun mencecah 105 juta mainan di Spotify dan 98 juta tontonan di Youtube.
Tambahan pula, majalah People menyatakan lagu ini sebagai ‘Here to Slay’, Entertainment Weekly melabel ‘Kick Ass’ dan New York Times menulis ia sebagai ‘Lagu tentang penolakan feminis tentang idea konvensional wanita sebagai bidadari’.
Album ini turut mengetengahkan tujuh lagi lagu kolaborasi menarik. Salah satunya adalah trak yang menampilkan Ariana Grande, Normani dan Niki Minaj bertajuk ‘Bad To You’. Baiklah tanpa membuang masa lagi, dengarkan album Charlie’s Angels Sountrack ini di pautan di bawah sebagai persediaan kamu menonton filemnya yang bakal keluar pada 15 November nanti.
But whatever you do: Do not call them ‘Angels’.
Apa pandangan anda?