Posted on November 20, 2019
Rapper asal Singapura, Yung Raja kembali dengan single baru berserta muzik video yang kreatif dan ceria bertajuk Mad Blessings.
Menampilkan persembahan dalam bahasa Inggeris dan Tamil, lagu ini satu perayaan warisan serta identiti yang megah dan lantang. Dalam scene hip hop, rapper tidak boleh melupakan asal usul mereka malah harus mewakili tempat asal tersebut. Selayaknya, Yung Raja tidak pernah lupa budaya dan keturunannya.
Itulah sebabnya, ‘Mad Blessing’ terbitan Flightsch dari Singapura ini menjadi manifesto penghargaan, bukan sahaja buat cabaran moden yang dihadapi Raja, bahkan buat segala rintangan yang pernah dilalui oleh nenek moyangnya yang bersusah-payah membawa dan memelihara budaya dan identiti bangsa mereka di rantau Asia Tenggara.
Tarikan utama ‘Mad Blessings’ sudah tentu persembahan penuh karismatik Raja yang menggabungkan sisi peribadi dia serta beberapa punch-line bernas yang mampu mencuri perhatian. Di antara pertemuan bahasa Inggeris dan Tamil, kata-kata Raja menjadi saksi terhadap kebangkitan kendiri bagi merealisasikan impian dalam kehidupan. Ia satu pendekatan yang berbeza dengan memberi sentuhan segar pada budaya dan muzik hip hop.
‘Mad Blessing’ adalah lagu TENTANG indahnya kehidupan & bagaimana semuanya terjadi mengikut suratan takdir
“Melalui Mad Blessings saya benar-benar ingin ‘belanja’ peminat sedikit tentang gambaran kehidupan dan rasa syukur atas apa yang saya perolehi sepanjang hidup ini, sama ada ia pengalaman baik atau buruk. Saya harap lagu ini dapat ‘menyuluh’ sedikit cahaya buat pendengar kerana ramai orang mengambil mudah semua perkara,” ujar Yung Raja di belakang pentas URBN.SENI, Urbanscapes 2019.
Muzik video arahan Jasper Tan ini menghadirkan nilai kegembiraan dan penghargaan. Good vibes dan karisma. Di sebalik babak-babak berwarna-warni dengan penampilan ibubapanya sendiri, Raja memperlihatkan betapa bersyukurnya dia terhadap kehidupan.
“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang sohor kini, Yung Raja menghidupkan mantera yang memberi erti kesyukuran & rasa dirahmati
View this post on Instagram
Sedikit pencerahan tentang Yung Raja bagi mereka yang baru sahaja mengenali, penyanyi milenial kelahiran Singapura ini berhasil meraih banyak kejayaan sebagai rapper, pencipta lagu dan pelakon di seberang tambak sana.
Sejak kemunculannya di industri, Raja digelar artis hip hop dwibahasa kerana kepakarannya menggabungkan bahasa Inggeris dan Tamil dengan jaya. Raja sempat tular di Singapura sampai ke Malaysia berikutan lagu pertamanya, ‘Mustafa’.
Terkenal kerana kefasihannya menyanyi rap dalam bahasa Inggeris dan Tamil, Raja terus bersemuka dengan industri lewat rujukan budaya serta penyampaiann uniknya dalam dwibahasa.
Lahir dan dibesarkan di Kota Singa, Raja nekad untuk mengubah pandangan masyarakat, dari dalam dan luar Singapura. Memberi inspirasi kepada generasi muda, merai budaya dan menaikkan tahap hip hop di rantau Asia Tenggara ke aras yang bertaraf dunia lewat muziknya.
Apa pandangan anda?