SEARCH

Setelah Ku Dimiliki … Zul Ariffin Main Kayu Tiga Lagi?

Setelah Ku Dimiliki … Zul Ariffin Main Kayu Tiga Lagi?

Setelah Ku Dimiliki: Zul Ariffin Mesra Dengan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah Cemburu?

Tiz Zaqyah cemburu lihat Zul Ariffin dan Intan Najuwa mesra? Mungkin Tiz Zaqyah sukakan Zul Ariffin, tetapi Zul Ariffin lebih tertarik pada Intan Najuwa? Peminat-peminat mereka jangan risau… cinta tiga segi di antara mereka ini hanyalah watak lakonan dalam drama terbaharu Setelah Ku Dimiliki.

Drama 28 episod adaptasi novel nukilan Zaza Qry ini mendapat arahan pengarah, Osman Ali (pengarah Ombak Rindu) dan turut dibantu oleh barisan pelakon seperti Kuza, Aleza Shadan, Lia Natalia, Adeline Tsen, Rahhim Omar, Zaki Azeman, Fahmi Reza dan Zulhelmy.

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki

‘Setelah Ku Dimiliki’ mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarrafia (Intan Najuwa) dan Adriz (Zul Ariffin) yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan dengan Bonda Ummi (Kuza) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan akibat kemalangan. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz seorang jejaka nakal dan suka berfoya-foya. Namun setelah tersedar dari koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin (Rahhim Omar) yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya. Atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Setelah Ku Dimiliki - Intan Najuwa


Sedikit petikan daripada novel Setelah Ku Dimiliki:
Terkejut Sarrafia dibuatnya apabila diperkenalkan buat pertama kali dengan Adriz. Namun lelaki itu seolah buat tak tahu walhal sudah melihat wajahnya.
“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak macam tak sukakan saya,” – Adriz.
Berang Sarrafia mengenangkan dirinya sering diekori lelaki itu.
“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu,” – Adriz.
“Gila! Nak tebus apanya? Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?,” – Sarrafia.

Setelah Ku Dimiliki… Zul Ariffin

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin. Sebenarnya dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz. Jodoh tak salah alamat, akhirnya Sarra menerima Adriz. Jauh di lubuk hatinya menyimpan rasa yang sukar ditafsir. Adriz sah menjadi suami Sarra. Namun rumah tangga mereka mula goyah apabila kakak tirinya sendiri, Lina (Tiz Zaqyah) ingin memiliki Adriz!

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang baru sahaja terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz? Pastikan kamu ikuti kesudahan Setelah Ku Dimiliku pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam di Slot Akasia, TV3.

Poster Setelah Ku Dimiliki

Setelah Ku Dimiliki - Zul Ariffin

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE