Posted on April 2, 2016
ALI AIMAN, KUALA LUMPUR, 28, PEMUZIK
Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya baru mengeluarkan single Cover You dan sedang dalam proses menyempurnakan EP kedua berjudul Transcend. Selain itu saya banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.
Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. My trip to Australia. Saya rasa saya perlukan lebih masa untuk berehat daripada kerja untuk melihat sesuatu yang berbeza dan pada masa sama berubah angin untuk pengalaman lebih baik.
Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Cukup jika saya katakan saya gembira dapat melakukan apa yang saya suka dan punya ruang memperbaiki diri.
Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Homeless person or anyone living in a war-torn country. Ia boleh menjadi cara terbaik untuk saya melihat dan belajar tentang kehidupan serta sentiasa bersyukur.
Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Apabila orang datang pada saya dan memberitahu mereka boleh enjoy muzik yang saya bikin.
Hari yang sempurna buat kamu? Di mana-mana sahaja yang menawarkan good food. Sebetulnya saya cukup bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Jadi setiap hari adalah hari yang sempurna.
Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Boleh dikatakan kami generasi yang berusaha keras untuk mencapai apa yang diimpikan serta tidak takut menghadapi apa jua situasi dalam memastikan apa yang diimpikan dapat dicapai.
Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Lebih terbuka dalam memilih dan melakukan apa yang kami mahu dalam hidup.
Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Saya ingat saya akan jadi seorang doktor atau arkitek. Namun hidup membawa saya ke destinasi berbeza dan saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang.
Kamu ingin tua seperti…? Bapa saya. Dia seorang yang kuat bekerja dan sangat baik hati. Saya bangga jika saya dapat menjadi sepertinya.
Apa pandangan anda?