Posted on January 1, 2019
Pakaian: Uniqlo Musim Luruh/Dingin 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
aniq durar (26 Tahun) – EKSPRESIONIS SENI
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama penuh saya Awangku Aniq Durar. Bapa saya seorang Melanau dari Sarawak. Ibu pula berketurunan Afganistan berasal dari Ipoh, Perak. Anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Saya menerima pendidikan awal di Kuching, Sarawak sebelum berhijrah ke Melbourne Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Sekarang saya menetap sepenuhnya di Sarawak, namun merancang untuk berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi meneruskan cita-cita saya untuk bergiat aktif dalam bidang teater.
2 – Terangkan serba sedikit tentang penglibatan kamu dalam bidang teater?
Semenjak empat tahun lepas saya ada terlibat dengan beberapa buah persembahan teater, namun yang terbaru sekali saya telah mengendalikan sebuah pameran dan juga persembahan teater jalanan bersama beberapa artis lokal yang lain untuk festival ‘What About Kuching’. Untuk persembahan teater jalanan yang bertajuk ‘River’ ini saya mengetengahkan konsep chinese contemporary.yang menceritakan tentang bagaimana dua individu menjalanani kehidupan seharian mereka.
Selain itu, saya juga pernah terlibat dengan pertunjukkan teater dilhamkan daripada buku ‘Slaughterhouse V’ hasil karya Kurt Vonnegul. Menerusi teater arahan Fleur Kilpatrik itu saya dipertanggungjawabkan untuk membawa empat watak sekaligus. Ia merangkumi watak seorang askar, jururawat, paderi dan juga bintang filem lucah. Melakonkan empat watak untuk satu persembahan yang sama sememangnya sangat mencabar tapi saya seronok melakukanya! Malah saya juga berpeluang untuk menari sakan, bagaikan saya ini anak kepada bintang pop terkenal Britney Spears dan Shakira. Jadi jika itu bukan satu keseronakan, maka saya tidak tahu apa lagi yang boleh dianggap sebagai perkara yang menyeronokan.
Baru-baru ini saya berpeluang menonton teater ‘Matthew Bourne’s Swan Lake’ dan saya sangat sukakanya!. Sebernanya ia lebih kepada persembahan ballet namun ia masih mempunyai intipati sebuah ‘teater’. Persembahan ini berkisarkan tentang kisah cinta indah dan tragis individu yang tidak mahukan perkara lain selain cinta dan berusaha untuk melepaskan diri mereka dari sebuah ‘penjara kehidupan’.
4 – Jika kamu diberi kesempatan untuk mengarahkan teater berdasarkan novel atau buku, naskah apakah yang akan kamu pilih?
Ohh ini soalan yang agak sukar! Tapi saya pilih untuk mengangkat karya Max Porter bertajuk “Grief Is A Thing With Feathers” ke pentas teater. Ia mengisahkan sebuah keluarga yang berdepan saat duka kehilangan ibu mereka. Kemudian seekor burung gagak gergasi menjadi sebahagian daripada isi rumah mereka. Ia mungkin kedengaran seperti tidak masuk akal namun pada saya ia sebuah kisah indah dan jujur yang memaparkan kesedihan hidup sebuah keluarga. Saya rasa buku ini bagaikan berkait rapat dengan hidup saya yang kehilangan ayah sejak tiga tahun lalu.
7 – Selain bergiat aktif dalam bidang teater, saya pernah terbaca bahawa kamu juga gemar bermain instrumen seperti piano dan biola, jika harus memilih satu di antara dua instrumen ini yang mana kamu pilih?
Biola, kerana ia instrumen yang indah. Semasa kecil saya menonton filem ‘Queen of The Dance’ dari situlah saya mula menanam minat untuk bermain biola.
Soalan Trivia Aniq Durar
Team Mahathir atau Team Anwar
Syed Saddiq atau Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar atau Hannah Yeoh
Populariti atau Ilmu
Introvert atau Extrovert
Simpan Bulu atau Bercukur
YouTube atau Netflix
Apa pandangan anda?