Posted on May 19, 2026

Tuaran mungkin tidak selalu berada dalam radar utama pelancongan Sabah, tetapi daerah ini perlahan-lahan muncul sebagai destinasi “quiet escape” yang menawarkan gabungan alam semula jadi, budaya tempatan dan pengalaman tepi pantai yang menenangkan.
Terletak kira-kira 1 jam dari Kota Kinabalu, Tuaran memberikan rasa peralihan suasana yang jelas, dari bandar yang sibuk kepada lanskap sungai, paya bakau dan garis pantai yang lebih tenang. Di sinilah penginapan di Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran menjadi titik mula perjalanan 48 jam yang terasa cukup lengkap untuk reset gaya hidup seketika.


Hari 1: Ketibaan, Sunset & Suasana Tepi Pantai
Setibanya di hotel, suasana Tuaran terus terasa melalui latar pantai yang terbentang tenang dan angin laut yang lembut. Hotel ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Hilton melalui jenama Hilton Garden Inn, menawarkan penginapan yang ringkas tetapi moden dengan fokus kepada keselesaan harian. Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran menempatkan 167 bilik yang direka untuk keseimbangan antara rehat dan fungsi, menjadikannya sesuai untuk percutian singkat mahupun stay lebih panjang.
Petang pertama di sini paling sesuai dihabiskan di Together & Co, restoran all-day dining hotel yang menyajikan gabungan hidangan tempatan dan Barat. Namun momen paling utama ialah waktu sunset di upper deck bar, di sinilah minuman signature Tuaran Breeze (cranberry, lime dan ginger) menjadi teman terbaik melihat langit Sabah berubah warna perlahan-lahan sebelum menikmati makan malam bersama.



Hari 2 (Pagi): Sungai, Bakau & Kehidupan Tempatan
Hari kedua bermula dengan perjalanan ke kawasan sekitar Tuaran yang kaya dengan elemen alam semula jadi. Antara pengalaman yang menjadi highlight ialah mangrove river cruise, di mana suasana tenang sungai dan hutan bakau memberi perspektif berbeza tentang Sabah yang jarang dilihat dari bandar.
Di sekitar kawasan ini juga, terdapat beberapa lokasi menarik seperti:
- Mengkabung River menawarkan suasana sungai yang tenang dengan lanskap hutan bakau yang masih terpelihara, sesuai untuk aktiviti river cruise dan menikmati keindahan alam semula jadi Sabah.
- Linangkit Cultural Village pula menampilkan warisan budaya tempatan melalui seni kraf dan tradisi komuniti setempat, memberi pengalaman lebih dekat dengan kehidupan dan identiti masyarakat Tuaran.
- Tuaran Sunday Market menjadi lokasi tumpuan hujung minggu yang meriah, menawarkan pelbagai hasil tempatan, makanan tradisional dan suasana pasar yang autentik.
Setiap lokasi membawa cerita tersendiri, daripada budaya tenunan Linangkit hingga kehidupan komuniti tempatan yang masih kuat dengan tradisi.

Hari 2 (Petang): Budaya, Alam & Aktiviti Santai
Petang di Tuaran memberi ruang untuk aktiviti yang lebih santai tetapi bermakna. Antara pengalaman yang termasuk dalam lawatan ini ialah sesi batik painting aktiviti kreatif yang membolehkan tetamu mengenali seni tekstil dan warisan budaya Malaysia dalam suasana yang lebih santai dan interaktif.
Bagi yang suka elemen unik, kawasan sekitar juga menawarkan pengalaman seperti:
- Sabandar Cowboy Town menawarkan suasana ala western dengan aktiviti santai dan landskap terbuka yang sesuai untuk pengalaman santai bersama keluarga atau rakan.
- Tuaran Crocodile Farm menawarkan suasana ala western dengan aktiviti santai dan landskap terbuka yang sesuai untuk pengalaman santai bersama keluarga atau rakan.
- Kinabalu National Park sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadi destinasi alam semula jadi ikonik dengan kepelbagaian flora dan fauna serta pemandangan gunung yang mengagumkan.
Kedudukan hotel yang berhampiran dengan pelbagai tarikan sekitar Tuaran menjadikannya pilihan ideal untuk meneroka sisi alam dan budaya Sabah dengan lebih mudah dan santai.

Hari 2 (Malam): Memancing Petang & Kunang-Kunang
Petang di Tuaran dimulakan dengan aktiviti memancing santai sekitar jam 5 petang, ketika matahari mula perlahan-lahan terbenam. Pada waktu ini juga, suasana menjadi semakin indah dengan cahaya golden hour yang memayungi langit dan dalam kejernihan cuaca, Gunung Kinabalu turut kelihatan di kejauhan, satu momen yang benar-benar magis. Apabila malam semakin tiba, pengalaman diteruskan dengan melihat kunang-kunang di sepanjang sungai, di mana cahaya kecil yang berkelip mencipta suasana yang tenang, lembut dan cukup menenangkan. Penutup hari yang sempurna di Tuaran.




Hari 3: Pagi Santai Sebelum Pulang
Pagi terakhir di Tuaran dimulakan seawal jam 7 pagi dengan aktiviti berkayak sambil menikmati suasana pantai dan laut Sabah yang cukup tenang pada waktu pagi. Selepas itu, pagi diteruskan dengan sarapan santai sebelum menikmati sedikit masa free and easy di sekitar hotel. Sebelum berangkat ke lapangan terbang, kami sempat menikmati makan tengah hari di Together & Co. dengan hidangan Tuaran Mee, sajian ikonik yang cukup terkenal di daerah ini dan antara menu yang wajib dicuba apabila berada di Tuaran. Suasana tenang di sini membuatkan perjalanan singkat ini terasa lebih Panjang. Cukup untuk berehat, menikmati alam dan keluar seketika daripada kesibukan kota.


Kenapa Tuaran Patut Masuk Travel List
Tuaran bukan sekadar destinasi persinggahan, tetapi sebuah kawasan yang memberi ruang untuk memperlahankan rentak hidup. Dengan kombinasi alam semula jadi, budaya tempatan dan akses mudah dari Kota Kinabalu, ia menjadi pilihan ideal untuk percutian singkat yang tetap bermakna. Dan dengan kehadiran Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran, pengalaman ini menjadi lebih mudah diakses — tanpa mengorbankan keselesaan moden.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan penginapan di Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran, layari Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran.




















.gif)

Apa pandangan anda?